Skip to main content

Tempahan Baharu

Alhamdulillah...

Hari demi hari, Homestay Ruby @ Subang Perdana terus mendapat maklumbalas positif. 

Terbaharu, kami menerima tempahan daripada En Majdi. Yeay!! 

Beliau akan menginap selama lima hari di Homestay Ruby pada 10 hingga 14 April 2017 (Isnin - Jumaat)

Memandangkan tempoh penginapan melebihi tiga malam -  promosi ekstra ditawarkan. 😎😎😎


Untuk itu kami ingin memaklumkan tempahan untuk tarikh tersebut ditutup. Bagaimanapun anda masih boleh merasai pengalaman menarik menginap di Homestay Ruby pada tarikh lain. 

Kami amat mengalu-alukan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Homestay Ruby @ Subang Perdana. 

Sokongan anda amat kami hargai 😊
=============================

Homestay Ruby @ Subang Perdana berkeluasan 3500sq ft dilengkapi dengan halaman lebih 1000sq ft. 

Lengkap dengan tiga bilik + tiga bilik air. Mempunyai kawasan yang luas- sesuai untuk mereka yang sukakan keselesaan. 

Promosi pembukaan!!
RM 200/ malam

Tempahan untuk tiga malam dan ke atas hanya RM180 semalam

Facebook: Homestay Ruby Subang Perdana
www.facebook.com/homestayrubi

Waze / Google Maps: Homestay Ruby

2, Jalan SP 1/14, 
Taman Subang Perdana,
Seksyen U3, Shah Alam

Comments

Popular posts from this blog

Bilik oh bilik...

Assalamualaikum... Selain mempunyai ruang tamu dan halaman yang luas, Homestay Ruby @ Subang Perdana memiliki bilik yang sangat selesa 😊 Kalau ada penginap yang nak solat berjemaah, beberapa baris saf pun muat sangat.  Bilik utama turut dilengkapi penghawa dingin + water heater.  Bagi keselesaan penginap, Homestay Ruby @ Subang Perdana turut mempunyai tiga bilik air.  Jadi, tak perlu berebut 😁 Setiap bilik turut diletakkan tanda arah kiblat. Jadi, tak perlu tunggu matahari untuk tahu mana arah yang sepatutnya. 😆 Ini baru sebahagian fasiliti. Kalau nak dapat gambaran lebih jelas, anda boleh menghubungi kami.  ===========================+= 0176855196 / 0172126898 Homestay Ruby Subang Perdana 2, Jalan SP 1/14, Taman Subang Perdana, Seksyen U3, Shah Alam Waze / Google Maps: Homestay Ruby Fb: Homestay Ruby Subang Perdana

Hujung minggu yang panjang

Assalamualaikum... Minggu ni merupakan cuti hujung minggu yang panjang. Peluang ini merupakan kesempatan terbaik untuk bercuti dan beristirehat bersama keluarga 😎😎😎 Tidak kurang juga yang memilih cuti ini untuk mengadakan majlis keraian dan perkahwinan 😍😍😍 Alhamdulillah, seperti biasa Homestay Ruby @ Subang Perdana menjadi pilihan ramai Homestay Ruby @ Subang Perdana menerima banyak tempahan untuk tarikh sama. Sejujurnya, kami ingin melayani setiap tempahan, namun tempat adalah terhad. Kami amat memohon maaf kerana Homestay Ruby Subang Perdana hanya menerima satu tempahan untuk satu-satu masa bagi menjamin keselesaan semua penginap.  Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Datang kepada Cik Min dan keluarga. Mereka memilih untuk menginap di sini bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di lokasi berhampiran. Terima kasih kerana memilih Homestay Ruby @ Subang Perdana 😊😊😊😊 Untuk itu kami ingin memaklumkan tempahan sehingga 3 Mei ditutup. Tempahan untuk tarikh l...

Tarikh Tempahan

Cerita semalam... Tengah lepak-lepak minum petang lepas membaja rumput dan pokok di halaman kami menerima panggilan.  Panggilan telefon menyebabkan kami dikejutkan daripada mengelamun dengan keasyikan  melayan pemandangan kapal terbang. 😬 Pemanggil maklumkan, berminat untuk menginap selama lima hari dan bertanyakan mengenai promosi harga yang Homestay Ruby @ Subang Perdana tawarkan.  Sebaik letak telefon, kami menerima pula mesej pesanan melalui aplikasi whatssapp . Seorang lagi bakal pelanggan menyatakan hasrat untuk menginap dan menanyakan promosi sama.  Jawapan untuk kedua-dua respon yang kami terima ialah: Ya!! Promosi pembukaan RM 200/malam masih lagi berlangsung 🎊🎊. Semua tempahan yang diterima sepanjang April 2017 akan diberi tawaran harga sama.  Tarikh untuk menginap- terpulang kepada anda. Yeay!! Bagaimanapun, tarikh tempahan hanya akan di lock dengan pembayaran deposit (RM100). Jangan bimbang, ia akan akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat ...