Assalamualaikum..
Hujung minggu ni, kami di Homestay Ruby Subang Perdana tidak menerima tempahan. Jadi kami mengambil kesempatan untuk belanja diri sendiri iaitu menjadi tetamu di homestay sendiri 😆😆
Alhamdulillah, seronok lihat anak-anak bermain di halaman. Terutama si kecil. Sampai lupa nak makan. Asyik dia mengejar buih belon.
Di sebelah malam pula, kami pergi berjalan-jalan ke IKEA Damansara. Tak jauh - hanya 10 minit jaraknya dengan Homestay Ruby Subang Perdana 😎
Pelbagai barang kelengkapan rumah ada di sini. Cantik-cantik belaka. Memang rambang mata dibuatnya. Tengah tengok-tengok barang, kami terima panggilan.
Alhamdulillah..pemanggil nyatakan hasrat untuk menginap di Homestay Ruby Subang Perdana untuk malam sama. Tanpa berlengah, kami terus ke sana untuk serahkan kunci 😊😊
Jadi kami ingin maklumkan, tempahan untuk Sabtu dan Ahad (22-23 April 2017) ditutup.
Kami mengucapkan selamat beristirehat buat tetamu kami yang datang dari Perak.
Wassalam
=============================
Homestay Ruby @ Subang Perdana berkeluasan 3500sq ft dilengkapi dengan halaman lebih 1000sq ft.
Lengkap dengan tiga bilik + tiga bilik air. Mempunyai kawasan yang luas- sesuai untuk mereka yang sukakan keselesaan.
Promosi pembukaan!!
RM 200/ malam
Tempahan untuk tiga malam dan ke atas hanya RM180 semalam
Facebook: Homestay Ruby Subang Perdana
www.facebook.com/homestayrubi
Waze / Google Maps: Homestay Ruby
2, Jalan SP 1/14,
Taman Subang Perdana,
Seksyen U3, Shah Alam
Comments
Post a Comment